terima kasih pada kawan saya kerana sudi memberi lagu ni..maka sama2 kita semua menghayati..sedap tak sedap..komen laa..
KITA LAYAN LAGU ARAB SAMA..ASYIK P RAMLEE JE..SEKALI SEKALA APA SALAHNYA KANN
BILA SEMUA ORANG MAHU BERBICARA AGAMA,WALHAL MERAKA JAHIL MENGENAINYA,INI YANG MENYEBABKAN AGAMA ITU ROSAK
terima kasih pada kawan saya kerana sudi memberi lagu ni..maka sama2 kita semua menghayati..sedap tak sedap..komen laa..
KITA LAYAN LAGU ARAB SAMA..ASYIK P RAMLEE JE..SEKALI SEKALA APA SALAHNYA KANN
Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat gaji teringin makan di Mc'Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order aper... maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung... sedang dia berfikir datang seorang lelakilingkungan 30'an ditepinya... Ahmad namanya... Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta..
Ahmad : Bagi Big Mac satu..
Pak Pandir: bagi Big Mac satu...
Ahmad: Air... Bagi air coke yer...
Pak Pandir: Air... Bagi air coke yer...
Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir... namun Pak Pandir buat tak tahu ajer...
Ahmad: ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer... ( masa tu Mc donalds buleh merokok lagi)
Pak Pandir : ooo yer cik... bagi ash-tray satu yer...
Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir...
Ahmad : hoi... yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah... takder otak ker?
Nak tahu aper Pak Pandir jawab? lebih kurang begini:
Pak Pandir: Aper... kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?
Ahmad yang marah tadi tiba-tiba menggeleng kepala dan terus berlalu dari situ...
Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.
Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah
Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Dia tidak meminta bayaran, namun menciptakan banyak kenalan.
Dia memperkaya mereka yang menerimanya, tanpa melaratkan mereka yang memberinya.
Dia terjadi hanya sekejap namun kenangan tentangnya kadang-kadang bertahan selamanya.
Tak seorangpun yang kaya mampu bertahan tanpa dia, dan tak seorangpun yang begitu miskin tetap menjadi lebih kaya daripada manfaatnya.
Dia menciptakan kebahagian di rumah, mendukung niat baik dalam perniagaan dan merupakan tanda balasan dari kawan-kawan.
Dia memberi istirahat untuk rasa letih, sinar terang untuk rasa putus asa dan sinar mentari bagi kesedihan.
Namun dia tidak dapat dibeli, dipinjam atau dicuri kerana dia adalah sesuatu yang tidak berguna sebelum diberikan kepada orang lain.
SIAPA DIA NI??? CURI PUN TAK BOLEH...SEWA LAGI LA...PINJAM...MAMAPUS TAK BAGI...SIAPA NI HAA???
Maksud hadis : "Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku telah membuat lima belas pekara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu :
1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami yang menuruti kehendak isteri.
5. Anak derhaka kepada ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis disanjung (menjadi pujaan).
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain." H.R. Tarmizi.
SAJA JE POSTKJAN LAGU P RAMLEE NI...SEDAP LAK AKU DENGAR
"Tak kisah kalau kita melakukan sesuatu yang menyalahi perintah Allah atau menyanggahi perintah Rasulullah. Apa yang penting, aku boleh buat apa yang aku suka.
Sedangkan kita tahu Allah SWT telah berfirman: ‘tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan bertujuan untuk mereka beribadah kepadaKu’.
Kita tak kisah kalau kita dahulunya pernah melakukan banyak dosa. Hasilnya, kita tidak bertaubat dan tidak pernah menyesal. Sedangkan dosa yang banyak ditambah dengan hati yang tidak pernah menyesal akan menjadi sebab kita disiksa di hari pengadilan nanti. Kita tak kisah kalau kita mempunyai ahli keluarga yang tidak mentaati Allah, meninggalkan perkara wajib dan melakukan perkara yang haram. Apa yang penting, diri kita baik walaupun keluarga kita tidak sebaik kita, kita tak kisah. Sedangkan Allah memerintahkan kita menjaga diri dan juga keluarga daripada api neraka.
Kita tak kisah kalau kita mencari rezeki sama ada harta yang kita perolehi itu halal atau haram. Sedangkan persoalan rezeki yang halal atau haram adalah di antara perkara yang akan dikira pada hari kiamat. Kita tak kisah pada jalan apakah kita membelanjakan harta yang kita perolehi sedangkan harta yang halal mestilah dibelanjakan pada jalan yang halal..
Kita tak kisah kalau kita melihat saudara seagama kita ditindas, disiksa, hidup melarat, miskin, kurang makanan, ditimpa musibah…asalkan kita selamat, kita tak kisah apa saja yang berlaku pada orang lain walaupun mereka itu orang Islam. Sedangkan Rasulullah berulang kali mengajarkan kita tentang kesatuan hati umat Islam walaupun berlainan bangsa, tempat asal atau warna kulit. Rasulullah sentiasa memastikan umat Islam yang berkemampuan membantu umat Islam yang kekurangan.
Kita tak kisah kalau kita mengata, mengumpat, mengutuk, mencaci, memaki hamun sesiapa sahaja. Sedangkan Rasulullah tidak pernah mengajar kita bersifat begitu. Sedangkan kita tahu setiap percakapan itu boleh menjadi beban di akhirat nanti.
Kita tak kisah kalau kita atau anak-anak kita tidak tahu membaca Al Quran, asalkan mereka tahu membaca ABC, boleh berbahasa dengan bahasa asing, pandai menggunakan komputer atau telefon bimbit. Kita tak kisah kalau mereka yang bijak ini tak pandai membaca Al Quran apatah lagi memahaminya. Sedangkan Rasulullah bersungguh-sungguh menekankan tentang kepentingan belajar dan mempelajari Al Quran. Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya.
Kita tak kisah ketika memandu, kita tidak menghormati orang lain, tidak mengikut undang-undang, membahayakan nyawa pemandu lain….asalkan kita selamat,kita tak kisah kalau ada orang yang nak marah. Sedangkan kita tahu bahawa setiap perbuatan kita yang menyusahkan dan membahayakan orang lain dikira sebagai dosa.
Kita tak kisah adakah pahala kita bertambah atau tidak, adakah dosa kita berkurang atau makin banyak..yang penting, kita sihat, berharta, bahagia bersamakeluarga dan kawan-kawan. Kita boleh buat apa sahaja yang kita suka maka kita tak kisah kalau pahala tak dapat, dosa pulak bertimbun. Sedangkan dosa dan pahala adalah nilai ‘mata wang’ yang akan digunakan di akhirat, bukan ringgit, dollar, pesos atau harta dan kawan-kawan.
Kita tak kisah kalau ada pendapat orang lain yang betul apa yang penting ialah pendapat kita sahaja yang betul apa orang lain nak kata, itu kita tak peduli, semuanya tak betul kita tak kisah. Sedangkan kita diajar bahawa setiap orang itu tidak tahu semua perkara. Mungkin kita tersilap, maka kita perbetulkan kesilapan yang telah lama berlaku.
Kita tak kisah kalau makin ramai orang yang mengerjakan kemungkaran dan maksiat, kita tak pernah terfikir bagaimana kita ingin mengubah mereka kembali ke jalan yang benar kita tak kisah asalkan aku baik, aku tak kisah apa yang berlaku kepada orang lain. Sedangkan Rasulullah pernah memerintahkan kita mencegah kemungkaran sekadar termampu mengikut keadaan masing-masing.
Kita tak kisah kalau ada sesiapa yang menjatuhkan agama kita atau menghina Rasulullah atau memperlekehkan peraturan Islam, apa yang penting, jangan adasesiapa yang memperlekehkan atau menghina kita dan keluarga kita. Sedangkan di dalam Islam, tanda keimanan adalah kita memelihara Islam, Al Qurandan Rasulullah daripada dihina atau diperlekehkan.
Tapi, adakah kita juga tak kisah apakah balasan Allah SWT yang menanti kita pada hari akhirat nanti? Baik atau buruk, syurga atau neraka atau mungkinkahkita akan berkata: ‘Ya Allah, hidupkanlah kami ke dunia kembali agar kami dapat beramal salih’? Semoga Allah SWT menerima amalan kita di dunia ini danmengampunkan segala kesalahan kita. Amin
Antara 9 Siti yang patut dicontohi
1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.
Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin.
Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.
Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti A’ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik.
Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah.
Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama
4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah.
Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri
dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t
utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya
dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya
drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah.
Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8.) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya
kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk
dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utkkegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
LAGU PAK KU SHADAT DALAM KENANGAN... NASIHAT DALAM LAGU DIA NI BANYAK LAWAK TAPI BERSEJARAH..BUKAN KADAR LAGU..TAPI ILMU...
Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.
Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.
Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah.
Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.
Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."
Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..
Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.
Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna.
Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.
"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."
Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."
Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.
Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.
Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "
Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya
BILA KITA DENGAR CERAMAH NI BARU KITA TAU NO..DAH BERAPA RAMAI ANAK MELAYU KITA MURTAD...MANA KITA SEBAGAI ANAK ISLAM YANG SELALU MELAUNGKAN MENDOKONG ILSM..BANGUN LA OIII..KITA BANTU AGAMA KITA... DAKWAH KAWAN2..MARI KITA DAKWAH... TOLONG LAA PADA SEMUA SAHABAT2 SEISLAM AKU...TOLONG LAA UNTUK AGAMU INI..BIAR LA URUSAN POLITIK SECARA POLITIK..INI URUSAN LAIN KAWAN2 www.urusetialandasan.blogspot.com
Pada suatu pagi Rasullullah berbincang dengan para sahabatnya mengenai Dajjal, kadang kala beliau meninggikan suaranya dan kadang kala merendahkan suaranya, sehingga kami merasa seolah-olah kami berada di dalam kelompok lebah.Petang hari kami yang mendengar cerita Rasullullah pergi ke rumah Rasullullah, beliau telah tahu tentang soalan kami. Tanya Rasullullah; “Apa khabar kamu semua”, jawab kami “Baik”, tapi kami hendak bertanya mengenai Dajjal, dan mengapa apabila Rasullullah berbicara, kadang kala suara Rasullullah tinggi dan kadang kala rendah ?.
Jawab Rasullullah; “Bukan dajjal yang mengkhutirkanku terhadap kamu semua, jika dia muncul dan aku masih berada di antara kamu tentu aku akan membela kamu terhadapnya. Dan jika dia muncul, sedangkan aku tidak berada di samping kamu, maka umat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala pengantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim”. Dajjal pemuda berambut kerinting, matanya sepet, aku lebih suka mengatakannya serupa dengan Abdul Uzza bin Qathan. Barang siapa di antara kamu bertemu dengannya, hendaklah dibacakan padanya permulaan surah Al-Kahfi.
Dia akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia akan merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah kerana itu teguhkan pendirian kamu!. Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi ?”, jawab Rasullullah : “Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”. Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.
Berapakah kecepatannya di bumi ?” jawab Rasullullah; Seperti hujan ditiup angin. Dia mendatangi suatu, maka diajaknya kaum itu supaya beriman kepadanya, lalu mereka beriman kepadanya dan mematuhi segala perintahnya. Di perintahkan langit supaya hujan, maka turunlah hujan. Maka diperintahkan bumi supaya subur, maka suburlah tumbuhan-tumbuhan. Bila hari sudah petang, ternakan mereka akan pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih besar kerana cukup makan.
Kemudian didatangi kaum yang lain dan diajaknya supaya mereka beriman kepadanya tetapi mereka menolak ajarannya, maka dia berlalu dari mereka. Besok pagi negeri mereka menjadi kering kontang dan habis semua kekayaan mereka. Kemudian katanya; “Keluarkan perbendaharaanmu!” maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya. Kemudian dipanggilnya seoarang pemuda remaja lalu dibelah dengan pedangnya sehingga anak muda itu terbelah dua dan belahannya itu di lempar sejauh anak panah dipanahkan.
Dajjal memanggil tubuh yang terbelah itu kembali, dia datang seutuhnya dan dengan wajah yang berseri-seri sambil ketawa. Sementara Dajjal asyik dengan perbuatannya yang merosak, maka Allah Taala menurunkan Nabi Isa Al-Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan Allah dekat menara Putih sebelah timur Damsyik dengan memakai dua pakaian berwarna, berpegang pada dua sayap malaikat. Apabila dia menundukkan kepala hujan akan turun, dan apabila dia mengangkat kepala, berjatuhan daripadanya biji-bijik perak bagaikan mutiara.
Orang kafir tidak boleh mencium bau nafasnya, sesiapa yang kena bau nafasnya akan terus mati. Bau nafasnya boleh dirasa sejauh mata memandang, maka Nabi Isa a.s. akan mencari Dajjal. Dan Isa bertemu Dajjal di pintu gerbang kota lid (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dibunuhnya Dajjal tersebut. Kemudian Isa menghampiri kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan Dajjal. Maka diusapnya mereka dan dikhabarkan kepada mereka kedudukannya di syurga. Allah mewahyukan kepada Isa a.s.
“Aku akan mengelurkan hamba-hambaku yang tidak terkalah oleh sesiapa pun, kerana itu selamatkanlah hamba-hambaku yang soleh ke bukit”, lalu Allah Taala mengeluarkan Ya’juj dan Ma’juj. Mereka turun melanda dari tempat tinggi. Gelombang pertama melewati telaga Thiber, lalu mereka minum habis telaga tersebut. Kemudian datang pula satu kumpulan yang lain, kata mereka; “Sesungguhnya dahulu ada air di sini”. Nabi Isa dan para sahabatnya terkepung, sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang kamu pada hari ini (kerana kekurangan makanan).
Maka nabi Isa a.s. dan pengikutnya memohon kepada Allah s.w.t semoga Allah Taala menghancurkan Ya’juj dan Ma’juj. Maka Allah s.w.t mengirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti ada haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya. Kemudian Nabi Isa dan para sahabatnya turun ke bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun di dapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. Nabi Isa dan para sahabatnya mendoa kepada Allah s.w.t semoga sudi menghilangkan bangkai-bangkai yang busuk itu.
Maka Allah s.w.t mengirimkan burung-burung sebesar unta lalu di angkut bangkai-bangkai tersebut dan dilemparkan ke tempat yang diperintahkan Allah s.w.t. Kemudian Allah menurunkan hujan, sehingga walaupun rumah-rumah tanah liat dan rumah-rumah bulu dibersihkannya. Sehingga bumi kelihatan seperti kaca, kemudian Allah perintahkan kepada Bumi; “Tumbuhkan tumbuhan-tumbuhan dan kembali keberkatan mu!” Ketika itu sekumpulan keluarga, kenyang memakan sebuah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.
Rezeki mereka sangat berkah, sehingga susu unta cukup untuk orang sekampung, susu sesekor sapi cukup untuk orang satu kabilah, susu seekor kambing cukup untuk sekeluarga terdekat. Ketika itu mereka berada dalam keredaan Allah Taala. Tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang baik memasuki ketiak mereka, maka tercabutlah roh setiap mukmin dan orang muslim.
Maka tinggal orang-orang jahat belaka, mereka bercampur baur seperti kaldai, maka dengan itu terjadilah hari kiamat.
" (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan, dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, lalu menjadilah ia debu yang bertebaran."(Al-Waqiah ayat 4-6 )
Firman Allah dalam surah al-Ma’un ayat 4-6 yang bermaksud:
"Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak."
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita. Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum
Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Tidak lengkap dan sempurna. Malah menambahkan FITNAH !!
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain.
Tudung di Luar dan Dalam
Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian. Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah.
Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam.
Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.
PERGERAKAN SEMASA ZIKIR
Pergerakan di dalam berzikir adalah perkara baik kerana mencergaskan tubuh badan untuk melakukan ibadah zikir.
Hukumnya adalah harus di sisi syarak dengan berdalilkan apa yang dikeluarkan oleh al-Imam Ahmad dalam Musnadnya dan juga al-Hafiz al-Maqdisi dengan rijal sahih daripada hadis Anas R.A. katanya:
Adalah orang-orang Habsyah menari dihadapan Rasulullah S.A.W. Dan berkata mereka dengan bahasa mereka: Muhammad hamba soleh. Maka bersabda Rasulullah S.A.W.: Apa yang mereka katakan? Maka dikatakan: Mereka mengatakan: Muhammad hamba soleh. Maka tatkala baginda melihat mereka dalam keadaan begitu tidaklah baginda mengingkari mereka dan memperakui perbuatan tersebut.
Dan dimaklumi sesungguhnya hukum-hukum syarak diambil daripada kata-kata Rasulullah S.A.W. serta perbuatan dan pengakuan baginda. Maka apabila baginda memperakui perbuatan mereka serta tidak mengingkarinya jelaslah ini adalah harus.
Dan pada hadis (di atas) adalah dalil tentang boleh/sah menghimpunkan antara pergerakan yang harus dan (dalam masa yang sama) memuji Rasulullah S.A.W. Dan sesungguhnya perbuatan (menggoyangkan tubuh) ketika berzikir tidak dinamakan tarian yang haram bahkan ia harus kerana mencergaskan jasmani/tubuh untuk berzikir dan membantu untuk menghadirkan hati bersama Allah Taala apabila niat betul. Maka setiap perkara mengikut niat dan sesungguhnya setiap amalan dengan niat dan sesungguhnya setiap orang mendapat apa yang diniatkan.
Imam Junaid pernah ditanya:
Sesungguhnya kaum sufi bertawajuh dan bertamayul? Jawab beliau: Biarkanlah mereka bergembira bersama Allah Taala. Sesungguhnya mereka adalah suatu kaum yang jiwa mereka telah terputus dari segala-galanya, hati mereka telah letih dan lesu, maka tidak mengapa mereka melakukan dengan maksud mengubati keadaan yang dialami. Andainya kamu mengecapi apa yang mereka kecapi nescaya kamu menguzurkan mereka.
RAKYAT DAH TAU APA YANG PATUT...KALAU X CAYA LAKAN.. MU TENGOK SINI HA PUAK2 UMNO OI... SIAP DEPA BUAT LAGU LAGI...INI BERMAKNA UMNO UMAPAMA BATU NISAN JE...MASA RAYA ORG TENGOK... MASA MERIAH ORG TAK PANDANG DAH...
MASA : 9.57 PM
KEPUTUSAN PARLIMEN BUKIT GANTANG PAS MENANG DENGAN MAJORITI 2789, PAS 23860, BN 19071, BEBAS 62. TAKBIR!!! DUN BUKIT SELAMBAU SEDANG MENDAHULUI MAJORITI 21751.
UPU TASEK APONG
PKR : 528
BN: 335
BEBAS: 41
MAJORITI: 193
UNDI ROSAK :
KEPUTUSAN : PKR MENANG
2. UPU AIR MENIDEH
PKR : 307
BN: 123
BEBAS : 15
MAJORITI: 184UNDI ROSA
KKEPUTUSAN : PKR MENANG
3. UPU KUALA SIN
PKR : 205
BN: 415
BEBAS : 35
MAJORITI: 210
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : BN MENANG
4. UPU JALAN BADLISHAH
PKR : 221
BN: 145
BEBAS: 30
MAJORITI:76
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : PKR MENANG
5. UPU SG. LALANG
PKR : 850
BN: 499
BEBAS: 85
MAJORITI: 351
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : PKR MENANG
6. UPU TAMAN BANDAR BARU
PKR : 1419
BN: 1308
BEBAS : 147
MAJORITI: 111
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : PKR MENANG
7. UPU TAMAN RIA UTARA
PKR : 704
BN: 628
BEBAS : 90
MAJORITI:76
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : PKR MENANG
8. UPU TITI PANJANG
PKR : 427
BN: 360
BEBAS : 26
MAJORITI: 67
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : PKR MENANG
9. UPU DESA AMAN
PKR :810
BN:834
BEBAS: 133
MAJORITI:24
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : BN MENANG
10. UPU TAMAN PERUDA
PKR : 668
BN: 484
BEBAS: 86
MAJORITI: 184
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : PKR MENANG
11. UPU BUKIT LEMBU
PKR : 406
BN: 440
BEBAS: 50
MAJORITI: 34UNDI
ROSAK
KEPUTUSAN : BN MENANG
12. UPU AMBANGAN HEIGHT
PKR : 219
BN: 191
BEBAS : 27
MAJORITI: 28
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : PKR MENANG
13. UPU PEKAN BUKIT SELAMBAU
PKR : 492
BN: 613
BEBAS : 84
MAJORITI: 121
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : BN MENANG
14. UPU BANDAR LAGUNA
PKR : 388
BN: 267
BEBAS : 19
MAJORITI: 121
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : PKR MENANG
15. UPU TAMAN RIA JAYA
PKR : 2137
BN: 1201
BEBAS : 158
MAJORITI: 936
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : PKR MENANG
16. UPU PETANI PARA
PKR : 427
BN: 236
BEBAS : 39
MAJORITI: 191
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : PKR MENANG
17. UPU TAMAN RIA SELATAN
PKR : 882
BN: 578
BEBAS : 29
MAJORITI: 304
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : PKR MENANG
18. UPU KG. SUNGKAP
PKR : 271
BN: 301
BEBAS : 14
MAJORITI: 30
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : BN MENANG
19. UPU BUKIT RUSA
PKR : 260
BN: 185
BEBAS : 62
MAJORITI: 75
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : PKR MENANG
20. UPU UNITED PATANI
PKR :427
BN:236
BEBAS : 28
MAJORITI: 191
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : PKR MENANG
sepucuk surat daripada seorang mak kepada anaknya diperantauan:
Assalamualaikumbuat anak mak...
semoga sihat sentiasa..
surat ringkas ni mak tulih untuk anakanda,
mudah-mudahan tenang dan bersedia menunggu hari peperiksaan tiba...
anak mak..
kalau anak mak mengeluh penat balik dari kuliah...
tu hanya setitik dari peluh ayah...
dibakar bawah bahang matahari ditengah sawah...
tak sama lenguh tangan mak dok toreh getah...
anak mak..
duit yang orang pernah sedekah,kalau masih ada,gunalah untuk beli benda yg faedah...
kita bukan orang senang,kita orang susah..
ayah nak beli lauk pun payah...
ayam kita tak bela,lembu takdak orang nak pawah...
takpala,kalau terpaksa makan nasi dgn garam pun kami tak kisah...
bersyukurla jugak,ada juga rezeki dari Allah...
anak mak..
ingat dak masa anak mak nak pi mesir dulu...?
saja la mak takmau habaq kot-kot anak mak rasa malu...
ayah terpaksa hutang dulu duit tok penghulu...
masa tu, tak tau dah kat sapa kami nak tuju...
la ni mak tengah bayaq sikit-sikit duit untung juai baulu...
tahun sudah..
anak mak pernah habaq tak lulus periksa...
mak rasa sebak sangat,dah taktau nak kata apa-apa...
jumpa orang kampung depa selalu dok tanya...
sampai ayah pun rasa malu nak tunjuk muka...
tapi kami tetap yakin pada ketentuan Allah taala...
semua yg berlaku tu ada hikmahnya...
supaya kita perbetui kesilapan,tingkatkan lagi usaha...
anak mak..
baru-baru ni mak terjatuh tangga...
mata mak tiba-tiba jadi kelam tak nampak apa-apa...
ayah bawak pi hospital,doktor kata mak kena darah tinggi tahap bahaya...
doktor tahan mak kat wad,tapi mak berkeras nak balik juga...
dah jadi keadaan macam tu,dia pesan suruh makan ubat,jaga makan minum dan jangan buat banyak kerja...
tapi kalau mak tak buat,sapa nak hantaq duit kat anak mak disana...?
mak kena jugak buat kerja...
kalau Allah 'panggil' pun,mak redha...
sekurang-kurangnya,rezeki untuk anak-anak mak sentiasa ada...
kalau nanti mak dah takdak dah..
harap-harap dalam kuboq mak nanti selalu cerah...
berkat anak mak dok sedekah doa dan fatihah...
ngajilah rajin-rajin nak,habis nanti boleh jadi pendakwah...
dak pun jadi peguam syariah,hakim bertauliah...
jadi ustaz ustazah pun takpa dah...
takmaula ikut macam kami tiap-tiap hari kena toreh getah...
baju basah dengan peluh semata-mata cari upah...
anak mak,periksa pun dah tak berapa hari...
pulunla nak,jangan risau kami disini...
InsyaAllah,pandai-pandailah mak dan ayah jaga diri...
mak pun tak boleh tulih panjang-panjang lagi...
kena tidoq awai esok nak pi cari rezeki...
nak kena buat kuih untuk adik-adik nak pi ngaji...
ayaqmata ni dok meleleh kat pipi tak mau nak berenti...
ada rahsia Allah jadikan ayaqmata dan peluh jernih,nak ajaq manusia tak mudah mengalah kalau rasa letih...
tak mudah putus asa kalau hati tengah sedih...
usahalah setakat mana yang boleh,mak minta diri dulu..
jaga diri ditempat orang,
Assalamualaikum.
PENGENALAN
Rejab 1429 telah pun melabuhkan tirai. Sya'ban kini dan Ramadhan menanti. Semakin terasa dekatnya diri ini untuk bertemu dengan bulan mulia lagi penuh rahmat itu. Namun seringkali dilupai bahawa di penghujung bulan Rejab berlaku suatu peristiwa yang besar dan penuh bermakna bagi seluruh umat Islam khususnya. Peristiwa yang dimaksudkan ini ialah peristiwa Israk Mikraj yang berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad S.A.W menurut jumhur ulama.
Terdapatnya sedikit khilaf dalam menentukan tarikh dan waktu sebenar berlakunya peristiwa Israk Mikraj ini sebenarnya. Namun itu bukanlah suatu perkara yang perlu dipanjangkan pedebatannya. Apa yang terlebih penting adalah peristiwa ini benar-benar berlaku kepada Rasulullah S.A.W. kerana ia ada dinyatakan oleh al-Quran al-Karim dan diceritakan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. dalam hadisnya yang telah diriwayatkan oleh para ulama secara sahih lagi mutawatir sehingga tidak boleh dipertikaikan lagi.
Matlamat penting daripada peristiwa Israk Mikraj ini adalah pengajaran yang besar apabila Rasulullah S.A.W. dijemput oleh Allah SWT menjadi tetamuNya pada malam yang sangat bersejarah itu. Para ulama telah mencapai kata sepakat bahawa sesiapa yang meragui atau langsung tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj ini maka hukumnya adalah kafir.
Sungguhpun peristiwa luar biasa Israk Mikraj yang terjadi itu nampak mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia namun selaku umat Islam maka wajib percaya dan yakin bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W. adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Imam Nawawi menyatakan bahawa perkara sebenar yang telah disepakati para ulama dan begitu juga para sahabat bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah diIsrak dan dimikrajkan oleh Allah Taala dengan roh dan jasadnya sekali.
Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah Taala kepada baginda untuk memperlihatkan tanda-tanda keagungan dan kekuasaanNya. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah Taala selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.
PENGERTIAN ISRAK DAN MIKRAJ
Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis Palestin. Peristiwa ini ada terakam di dalam Al-Quran.
Firman Allah Taala bermaksud:
Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.