;
;


Imam Bukhari dalam sohihnya telah meriwayatkan.hadis daripada Abu Hurairah yang memberitahu mengenai sebuah kisah yang diceritakan oleh Rasulullah S.A.W untuk renungan kita bersama. Rasulullah S.A.W telah menceritakan bagaimana ada seorang lelaki daripada bani Israel telah menemui seorang kaya yang memang terkenal dengan pemurahnya untuk tujuan meminta hutang bagi menampung perniagaannya. Dia memohon hutang dengan jumlah yang banyak iaitu seribu dinar. Apabila diminta agar dia dapat membawa saksi untuk tujuan hutang tersebut maka dengan penuh yakin dia memberitahu bahawa cukuplah Allah sebagai saksi.Apabila diminta supaya dia menyerahkan sesuatu gadaian bagi jaminan sekiranya dia tidak mampu membayar hutang itu maka sekali lagi dengan penuh yakin dia menjawab bahawa cukup hanya Allah sebagai penjamin.Orang kaya itu terus memberi hutang sejumlah yang diminta oleh lelaki tadi tanpa saksi dan gadaian serta membenarkannya kerana dia juga merupakan yang soleh dan yakin kepada Allah. Mereka berdua telah bersepakat mengenai hutang itu dalam masa yang telah ditetapkan bersama.

Apabila berhasil mendapatkan hutang itu maka lelaki tadi terus menuju ke kapal untuk menjalankan perniagaannya.Apabila telah hampir dengan tempoh yang dijanjikan, lelaki itu terus menuju ke laut untuk menemui orang kaya tetapi malangnya pada ketika itu tiada kapal untuk ke sana. Ini menyebabkan dia begitu kecewa dan risau kerana bimbang dia akan melanggar janji yang telah disepakati sebelum ini sedangkan dia telah menjadikan Allah sebagai saksi dalam hutangnya dan juga Dia sebagai penjamin. Dia telah berfikir dan mencari jalan terbaik di dalam melangsaikan hutangnya itu dan akhirnya dia mengambil keputusan dengan mengambil sepotong kayu dan menebuk lubang ditengahnya. Selepas itu, dia memasukkan wang dan juga sepucuk surat yang mana di dalamnya tertulis sebab sebenar kegagalannya menemui orang kaya itu di celah lubang yang ditebuk tadi dan seterusnya menghanyutkannya ke dalam laut. Dia berbuat demikian sambil tawakkal sepenuh hatinya kepada Allah agar ia mampu sampai ke destinasi yang dikehendakinya dengan selamat.

Tindakan ini bukanlah tindakan yang bodoh tetapi ia dilakukan dengan penuh perasaan tanggungjawab dan tawakkal kepada Allah. Dia begitu yakin kepada pertolongan Allah yang Maha berkuasa ke atas setiap sesuatu. Dia melihat kayu itu di bawa pergi oleh ombak laut sambil berdoa kepada Allah agar segala usahanya yang mampu dibuat itu akan berjaya. Allah menerima segala doanya apabila pada hari yang telah ditetapkan, kayu itu sampai ke kampung temapat oarng kaya itu tinggal dan pada hari yang sama juga orang kayu tersebut keluar ke tepi pantai yang mana dia telah menemui kayu itu. Dia terus mengambil kayu itu dan membawanya pulang ke rumah yang mana apabila tiba di rumahnya, dia memerintahnya agar ahli keluarganya membelahkannya untuk melihat apa yang ada di dalamnya. Apabila dibelah maka dia daapti ada wang dan juga surat penjelasan daripada lelaki yang berhutang dengannya itu. Ini ia antara contoh bagaimana Allah mampu melakukan sesuatu yang tidak mungkin mapu dibuat oleh makhlukNya yang lain. Oleh itu, kita mestilah yakin dan bertawakkal kepada Allah samada dalam susah atau pun senang.

Manakala lelaki tadi apabila mempunyai peluang dan kemudahan untuk pergi ke kampung oarng kaya itu, maka tanpa berlengah lagi dia terus ke sana bertujuan untuk membayar hutangnya jika wang yang dihantar tadi tidak sampai kepada orang kaya itu.Apabila tiba ke rumah orang kaya itu, maka dia menjelaskan mengenai perkara sebenar yang telah berlaku kepada dirinya pada hari yang telah dijanjikan untuk menunaikan hutang yang telah lalu.Dia masih berdukacita di atas kegagalannya untuk menemui orang kaya tadi bagi menjelaskan hutangnya. Setelah mendengar penjelasan itu, maka orang kaya tadi terus memberitahu mengenai perkara yang telah berlaku yang mana wang yang dikirim itu telah selamat diterimanya. Apabila mendengar berita ini, maka dengan penuh kesyukuran lelaki tadi memuji Allah dan bersyukur kepadaNya di atas segala pertolongan yang dianugerahkan.

PENGAJARAN

1. Setiap zaman memang wujudnya mereka yang soleh dan sentiasa bertawakkal kepada Allah dalam setiap urusan yang ditunaikan.

2. Kita mestilah yakin dan bertawakkal kepada Allah dalam setiap pekerjaan yang dilakukan samada dalam keadaan senang atau pun susah.

3. Di dalam syariat Islam ada hukum berhutang dan gadaian.Begitu juga dalam masalah saksi dalam berhutang yang mana ia bertujuan menjauhkan daripada penipuan dan kezaliman.

4. Allah menerima segala permintaan hambaNya yang yakin kepada kekuasaanNya.

5. Kita diwajibkan menepati janji yang telah disepakati bersama dan berdosa sekiranya kita melanggarinya.

6. Perniagaan merupakan suatu pekerjaan yang disukai oleh Allah dan ia telah dijalankan semejak dahulu lagi.

7.Kita mestilah yakin kepada kemampuan kita untuk membayar balik segala hutang yang dibuat sebelum berhutang agar ia tidak akan menyusahkan kita nanti.Sebab itulah di dalam Islam diwujudkan hukum mengenai gadaian.

Dicatat oleh mai la


Imam Bukhari dam Muslim telah meriwayatkan kepada kita dalam sohih keduanya daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Ketika mana seorang lelaki melalui sebatang jalan, dia telah mendapati sepotong kayu berduri di tengah jalan. Dia telah membuangnya maka Allah telah berterima kasih baginya dan telah mengampuni dosanya.

RINGKASAN KISAH

Rasulullah S.A.W telah memberitahu kita bahawa iman itu mempunyai 73 cabangnya yang mana yang paling tinggi adalah kalimah La ilaha IlLallah dan yang paling rendah pula ialah membuang sebarang perkara yang menyakitkan yang berada ditengah jalan.

Dalam hadis di atas, Rasulullah S.A.W telah menceritakan kepada kita bagaimana seorang lelaki yang telah melalui sebatang jalan yang mana dia telah menemui sepotong kayu yang berduri berada di tengah jalan. Dia terus mengambil kayu itu lalu membuangnya bertujuan untuk mengelakkan daripada membahayakan orang ramai yang melalui jalan ini. Allah telah mengampuni dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga kerana perbuatan dan niatnya yang suci itu.

Lelaki itu berbuat kebaikan yang kecil tetapi ganjarannya begitu besar. Ini menunjukkan kepada kita bagaimana rahmat Allah begitu luas dan kelebihanNya besar. Tindakan dan perbuatan lelaki ini begitu digalakkan oleh agama dan Rasulullah S.A.W sendiri menyuruhnya sebagaimana maksud hadis : Jauhkanlah kesakitan daripada jalan yang dilalui oleh muslimin. Baginda S.A.W juga memberi peringatan yang keras agar kita jangan sama sekali menyakiti para muslimin dengan meletakkan sesuatu yang menyakit serta membahayakan mereka di tengah jalan melalui hadis yang bermaksud : Sesiapa yang menyakiti muslimin pada jalan mereka, wajib ke atasnya laknat mereka.

Semoga kisah ini mampu menyedarkan hati kita yang sentiasa lupa kepada Allah agar tidak memandang rendah dan remeh temeh kepada amalan yang kecil dan tidak pula terlalu memandang mudah kepada dosa yang kecil kerana ia akan menjadi besar jika kita melakukannya secara berterusan.

PENGAJARAN HADIS

1. Menerangkan bagaimana perbuatan menghindar serta membuangkan perkara yang boleh menyakit dan membahayakan perjalanan muslimin di tengah jalan seperti duri dan sebagainya akan diganjarkan pahala yang besar di sisi Allah.

2. Rahmat Allah begitu luas yang mana Dia telah menganugerahkan pahala yang besar dan memasukkannya ke dalam syurgaNya kerana tindakannya yang tidaklah seberapa iaitu membuangkan duri dari jalan kerana bimbang akan mermbahayakan orang ramai.

3. Kita dilarang memandang remeh kepada amalan yang nampak kecil kerana di sisi Allah ia agak besar jika kita melakukannya dengan penuh keikhklasan.

4. Pokok yang dibenarkan untuk kita memotongnya ialah jika ia boleh membahayakan keselamatan orang ramai. Jika ia memberi kebaikan serta manfaat kepada mereka seperti untuk berteduh maka kita dilarang memotongnya. Rasulullah S.A.W telah memberi amaran kepada mereka yang memotong pokok yang banyak memberi manfaat kepada umum dalam hadis yang bermaksud : Pemotong pokok yang merupakan tempat berteduh akan dihumbankan kepalanya ke dalam neraka.

Dicatat oleh mai la


Segala pujian hanya bagi Allah swt tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad saw.

Firman Allah swt : surah Fathir ayat : 29-30

Terdapat dua jenis bacaan al-Quran

1) bacaan hakimah : iaitu membenarkan apa yang terdapat didalamnya, melaksanakan hukum hakamnya dengan membuat apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang.
2) Bacaan lafziah : iaitu sekadar membacanya.

Sesungguhnya terdapat banyak nas yang menceritakan kelebihan membaca al-Quran. Sama ada kelebihan itu meliputi membaca al-Quran seluruhnya, atau kelebihan surah-surah tertentu, atau ayat-ayat tertentu.

Daripada Saidina Uthman ra sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : “sebaik-baik kamu orang yang mempe;lajari al-Quran dan mengajarnya”.
(hadith riwayat bukhari muslim)

Mafhum daripada hadith saidatina Aisyah bahawa Rasulullah saw pernah bersabda :

“orang yang mahir dalam bacaan al-Quran iaitu dari segi bacaan, sebutan huruf, tajwid mereka ini merupakan golongan yang mulia. Manakala mereka yang membaca al-Quran dalam keadaan tersangkut-sangkut (tidak lancar atau baru hendak belajar membaca al-Quran) baginya dua ganjaran pahala. Iaitu pahala membacanya, dan yang kedua pahala mujahadah untuk cuba mempelajari walaupun dalam keadaan sukar baru hendak belajar.

Berkata Abi Musa rh, sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : orang mukmin yang membaca al_quran umpama al-atrajah (seumpama koktail yang merangkumi pelbagai campuran buah-buahan) baunya sedap , rasanya enak. Dan diumpamakan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti at-Tamrah (kurma) yang tidak ada bauan, tetapi rasanya manis.

Dalam riwayat Muslim, daripada Abi Umamah ra, sesungghunya Nabi saw telah bersabda : “bacalah olehmu al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat bagi mereka yang membacanya”.

Dalil-dalil di atas menunjukkan kepada kita tentang kelebihan membaca al-Quran. Dan sesungguhnya ganjaran tersebut bagi mereka yang benar-benar bersungguh-sungguh dan bermujahadah mendapatkan pahala dari Allah swt. Membaca al-Quran bukanlah suatu perkara yang sukar untuk dilaksanakan, amalan yang ringan tetapi ganjaran pahala disisi Allah swt sangat besar. Maka rugilah bagi mereka yang leka dan lalai dalam merebut keuntungan yang tidak mungkin dapat ditawarkan oleh Makhluk melainkan hanya dari al-Khalik yang maha agung yang memberi dan tidak mengambil manfaat daripada apa yang diberi.

Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita memperbanyakkan membaca al-Quran untuk mendapat kelebihan dan ganjaran yang besar disisi Allah swt. Lebih-lebih lagi dalam bulan ramadhan al-mubarak yang dilipatkali gandakan setiap amalan bagi mereka yang berpuasa dan memperbanyakkan amal soleh padanya.

Penurunan al-quran dalam bulan ramadhan mempunyai keistimewaan yang khusus agar manusia memperingati peristiwa agung ini dan seterusnya sentiasa kembali menyucikan diri, jasmani dan rohani dengan kembali kepada apa yang diturunkan oleh Allah swt didalamnya.

Sesungguhnya malaikat Jibril as bertemu dengan baginda Rasulullah saw untuk mengajar al-Quran pada setiap kali datangnya bulan ramadhan, dan dua kali pada tahun kewaatan baginda saw.

Golongan salifus soleh juga sangat menitik beratkan membaca al-Quran. Sehinggakan ada dikalangan mereka mengkhatamkan bacaan al-Quran tiga kali dalam masa sehari, ada yang lebih daripada itu.

Kedatangan ramadhan merupakan medan terbaik untuk kita mentarbiyah diri kembali membaca dan menghayati apa yang telah diturunkan oleh Allah swt seterusnya melaksanakan setiap perintah yang telah disuruh dan menjauhi segala apa yang dilarang.

Semoga ramadhan yang datang ini kita dapat mempertingkatkan amalan sebanyaknya. Semoga ia menjadi syafaat di akhirat kelak.

Amin ya rabbal a’lamin….

Dicatat oleh mai la

Badal Haji atau Upah Haji untuk ahli keluarga yang telah kembali ke Rahmatullah atau yang uzur ( di sahkan oleh doktor akan ketidak upayaannya untuk menunaikan Fardhu Haji kerana kesihatan).




Kami akan menyempurnakan Haji dan Umrah untuk arwah dengan kos perbelanjaan sebanyak RM 1900

  • Sijil Badal Haji
  • Senaskhah Al-Quran
  • Sehelai Sejadah
  • Tasbih

Dicatat oleh mai la

Pengikut

Subscribe here