;
;


1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA :

beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.

KEDUA :

beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA :

beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT :

beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA :

beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM :

beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Dicatat oleh mai la 0 ulasan


Umno memberitahu rakyat bahawa pemimpin PAS adalah penderhaka kepada sultan dan tidak patut dipilih dalam pilihan raya. "Umno tidak pernah derhaka," kata bekas Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Mohd Taib juga mewar-warkan bahawa Nizar adalah seorang penderhaka. Inilah wayang yang dimainkan oleh pemimpin Umno di Bukit Gantang untuk mengabui mata rakyat.
Seolah-olah rakyat Perak buta sejarah, Tajol Rosli berkata, "Umno tidak pernah derhaka". Lupakah rakyat Perak kepada cerita Sultan Idris dengan jambang tidak bercukurnya.
Selepas pilihan raya 1959 dahulu, kerana mengenangkan jasa (Tan Sri) Mohd Ghazali Jawi (bapa Tajol Rosli) yang lantang mengkritik Datuk Panglima Bukit Gantang bagi pihak Umno, lalu dilantik beliau menjadi Menteri Besar Perak. Ketika itu Sultan Yusof Izzuddin Shah (ayahanda Sultan Azlan Shah) sedang memerintah. Tiba-tiba Mohd Ghazali ditangkap oleh Biro Pencegah Rasuah (BPR) kerana salah lakunya. Tunku Abdul Rahman menghantar beliau menjadi duta di Mesir pada 1962 untuk menutup kes ini.
Semasa Sultan Idris Shah sudah menaiki takhta, pada 1974 Tun Razak menamakan Mohd Ghazali sebagai Menteri Besar Perak sekali lagi. Sultan Idris tidak mahu menerima seorang perasuah menjadi ketua kerajaan. Umno menghantar (Tan Sri) Ishak Tadin untuk memujuk Sultan Idris dengan janji Mohd Ghazali Menteri Besar untuk dua tahun sahaja.
Pada 1976, Mohd Ghazali menderhaka kepada Sultan Idris apabila enggan meletakkan jawatan dengan alasan Perlembagaan Perak tidak menetapkan seorang menteri besar untuk dua tahun. Sultan Idris telah murka lalu memulau semua program kerajaan. Baginda bernazar tidak akan mencukur janggut dan misainya selagi si penderhaka menjadi menteri besar.
Kemuncak kemurkaan Sultan Idris terhadap si penderhaka ini ialah baginda tidak meluluskan bajet kerajaan Perak untuk tahun 1977. Kerajaan Perak tidak boleh bergerak tanpa sumber kewangan, sedangkan wang tidak boleh dibelanjakan tanpa kelulusan sultan.
Akhirnya Umno terpaksa menyuruh Mohd Ghazali meletakkan jawatan dan dilantik sebagai menteri pusat. Wan Mohamad Wan Teh (abang Datuk Wan Hashim) menggantikan Mohd Ghazali. Inilah penderhaka sebenar dalam sejarah Perak. Orangnya tidak lain dan tidak bukan, bapa Tajol Rosli sendiri. Maka, mengapa Tajol Rosli cuba membohongi rakyat Perak (Sultan Perak juga) bahawa Umno tidak pernah menderhaka.
perderhakaan di Terengganu, Pahang dan Johor
Kita jangan lupa kisah Datuk Nik Hassan dengan Sultan Terengganu, Datuk Rahim Bakar dengan Sultan Pahang, Tan Sri Othman Saat dengan Sultan Johor dan krisis Perlembagaan 1983.
Di Selangor juga ada cerita derhaka yang lebih dahsyat. Tan Sri Muhammad Mohd Taib jangan lupa isu ini. Beliau menuduh Nizar seorang penderhaka, tetapi beliau sendiri berkali-kali menderhaka. Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz telah dihina oleh Umno Selangor pada 1991 ketika Mat Taib menjadi ketuanya. Dalam Perhimpunan Agung Umno 9 November 1991 (selepas pilihan raya yang Umno kehilangan Kelantan), wakil Umno Selangor yang juga Setiausaha Politik Muhammad Mohd Taib, Dato' Zainal Abidin Sakom telah menyerang peribadi Tuanku.
Sultan Selangor dituduh merampas RM11 juta wang untuk sekolah agama bagi membaiki Istana Alam Shah. Sultan Selangor juga dituduh menyerahkan 400 ekar tanah untuk dibina padang golf kepada kapitan-kapitan Cina, selain 1500 ekar lagi diberikan oleh sultan kepada seorang tauke Cina yang lain.
Kerana ucapan wakil Umno Selangor ini, Perhimpunan Agung Umno mencerca semua Raja-raja Melayu ketika itu. Umno Selangor telah menyenaraikan kononnya salah laku Sultan Selangor untuk didedahkan kepada rakyat dalam Perhimpunan Agung Umno itu, dan akhirnya satu Resolusi 4 Perkara telah dikemukakan untuk Umno mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu.
Selepas itu pada 30 November 1991, Mat Taib mengetuai Umno Selangor mengadakan Perhimpunan Perpaduan Melayu di Dewan Jubli Perak, Shah Alam untuk menunjukkan sokongan rakyat dalam usaha Umno menderhakai Sultan Selangor. Mat Taib menafikan perhimpunan ini untuk menunjukkan pengaruh Umno kepada Sultan Selangor, tetapi semua penganalisis politik melihat begitu.
Mat Taib memang berdendam dengan Sultan Selangor selepas isu kahwin lari dengan Tengku Puteri Zahariah (Ku Yah) di selatan Thai, isu perlantikan Exco Selangor pada 1990 dan isu Zoo Negara. Perhimpunan ini adalah peluang terbaik untuk beliau menyembahkan derhakanya kepada Sultan Selangor!
Berang dengan penderhakaan Umno ini, semasa hari keputeraan Sultan Selangor ke-66 pada 8 Mac 1992, baginda tidak mahu menganugerahkan pingat kepada pemimpin Umno Selangor. Mat Taib telah mengumumkan bahawa Umno Selangor pada 13 Februari 1992 memutuskan akan memulau pencalonan penerima pingat tersebut sebagai satu sembah derhaka mereka. Sultan Selangor murka dan berduka cita kerana kebiadapan Mat Taib yang membocorkan rahsia baginda.
Apabila pernderhakaan Mat Taib terhadap Sultan Selangor sudah ke kemuncak, akhirnya pada 24 Februari 1992, Majlis Tertinggi Umno telah menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah.
Pada 4 Julai 1992, satu Perisytiharan Prinsip-prinsip Perlembagaan telah dibuat oleh Majlis Raja-raja untuk menolak Kod Etika Perilaku Raja-raja yang dikemukakan oleh Umno. Sultan Perak tentu masih ingat peristiwa penderhakaan besar-besaran Umno sejak 1991 ini sehinggalah membawa kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 dan ?pertabalan? Tengku Ibrahim di Ketereh, Kelantan oleh Umno Kelantan pada 29 April 1993.
Nah! Jika kita melihat latar belakang dua tokoh yang bercakap soal derhaka di Bukit Gantang ini, maka tahulah rakyat siapa penderhaka sebenar. Mat Taib dan Tajol Rosli langsung tidak mempunyai kredibiliti untuk bercakap soal penderhakaan kepada sultan. Kerana mereka berdua adalah di kalangan penderhaka yang terkenal sejak sekian lama.
Mat Taib mungkin lega kerana Sultan Salahuddin Abdul Aziz sudah mangkat, tetapi masih ramai rakyat yang mengingatinya. Tajol Rosli juga tidak perlu berselindung dalam hal ini kerana semua orang tahu siapa Tan Sri Ghazali Jawi, si penderhaka itu.
Jika kes ini berlaku pada zaman Sultan Mahmud Melaka (nenek moyang kesultanan Perak), nescaya Mohd Ghazali dan semua keturunannya (termasuk Tajol Rosli) dihukum bunuh!
Rakyat Bukit Gantang perlu bijak dalam melayan isu derhaka yang dibesar-besarkan oleh Umno ini. Jangan terjerat oleh pukat yang dipasang oleh sang penderhaka Umno ini

(HANG TAIB,HANG ROSLI,HANG GAHAZALI-panglima-HNAG SAHAK,HANG PA SEMUA LAA)

Dicatat oleh mai la 0 ulasan


"Hari ini saya lancarkan jentera penangkap pengundi hantu dan mulai besok semua ada hak untuk melaksanakan tugasan itu dengan baik. Bila saja syak bukan orang tempatan yang buang undi sila tangkap dan serah pada pasukan polis. Jangan pukul pula.. itu dah jadi kes lain, " terangnya diiringan laungan reformasi dari petugas yang hadir.


Menurut beliau, terdapat dua punca utama kejayaan Pakatan Rakyat di dua pilihanraya kecil sebelum ini samada di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu iaitu menghalang kemunculan pengundi hantu.


Dari segi undang-undang ujarnya, jentera yang dipertanggungjawabkan serta orang ramai boleh bertindak menahan mana-mana individu yang disyaki bukan orang tempatan dan serahkan kepada pasukan polis.


"Jangan apa-apakan individu terbabit seperti memukul separuh maut tegas Shamsul, sebaliknya tahan dan bawa kepada polis untuk tindakan lanjut.


"Saya juga ingatkan kepada jentera dan orang awam agar tahan sahaja bukan pukul atau mencederakan individu yang disyaki, " jelasnya.


Tambahnya,jangan teragak-agak melaksanakan tugas itu dengan alasan bimbang atau takut tetapi hendaklah berjiwa kental kerana memang dibolehkan mengikut undang-undang menangkap penjenayah pilihan raya.


"Ini kerana pilihan raya kecil Bukit Selambau merupakan pilihan raya yang menentukan jatuh bangun Kerajaan Kedah selepas ini.


"Sebab itu bukan masanya, kita berpeluk tubuh melihat kemungkaran terjadi di hadapan mata tanpa bertindak sesuatu yang boleh menghalang fenomena berulang kali.


"Walaupun ada orang kata Pakatan Rakyat akan kalah apabila terdapat banyak calon bebas menyertai pilihan raya kecil itu namun itu hanya kata-kata. Kita angap ia sebagai satu cabaran untuk selamatkan Kerajaan Kedah dan maruh rakyat negeri ini, " katanya lantang.

Dicatat oleh mai la 0 ulasan

sepucuk surat daripada seorang mak kepada anaknya diperantauan:

Assalamualaikumbuat anak mak...

semoga sihat sentiasa..
surat ringkas ni mak tulih untuk anakanda,
mudah-mudahan tenang dan bersedia menunggu hari peperiksaan tiba...
anak mak..
kalau anak mak mengeluh penat balik dari kuliah...
tu hanya setitik dari peluh ayah...
dibakar bawah bahang matahari ditengah sawah...
tak sama lenguh tangan mak dok toreh getah...

anak mak..

duit yang orang pernah sedekah,kalau masih ada,gunalah untuk beli benda yg faedah...
kita bukan orang senang,kita orang susah..
ayah nak beli lauk pun payah...
ayam kita tak bela,lembu takdak orang nak pawah...
takpala,kalau terpaksa makan nasi dgn garam pun kami tak kisah...
bersyukurla jugak,ada juga rezeki dari Allah...

anak mak..

ingat dak masa anak mak nak pi mesir dulu...?
saja la mak takmau habaq kot-kot anak mak rasa malu...
ayah terpaksa hutang dulu duit tok penghulu...
masa tu, tak tau dah kat sapa kami nak tuju...
la ni mak tengah bayaq sikit-sikit duit untung juai baulu...
tahun sudah..
anak mak pernah habaq tak lulus periksa...
mak rasa sebak sangat,dah taktau nak kata apa-apa...
jumpa orang kampung depa selalu dok tanya...
sampai ayah pun rasa malu nak tunjuk muka...
tapi kami tetap yakin pada ketentuan Allah taala...
semua yg berlaku tu ada hikmahnya...
supaya kita perbetui kesilapan,tingkatkan lagi usaha...

anak mak..

baru-baru ni mak terjatuh tangga...
mata mak tiba-tiba jadi kelam tak nampak apa-apa...
ayah bawak pi hospital,doktor kata mak kena darah tinggi tahap bahaya...
doktor tahan mak kat wad,tapi mak berkeras nak balik juga...
dah jadi keadaan macam tu,dia pesan suruh makan ubat,jaga makan minum dan jangan buat banyak kerja...
tapi kalau mak tak buat,sapa nak hantaq duit kat anak mak disana...?
mak kena jugak buat kerja...
kalau Allah 'panggil' pun,mak redha...
sekurang-kurangnya,rezeki untuk anak-anak mak sentiasa ada...
kalau nanti mak dah takdak dah..
harap-harap dalam kuboq mak nanti selalu cerah...
berkat anak mak dok sedekah doa dan fatihah...
ngajilah rajin-rajin nak,habis nanti boleh jadi pendakwah...
dak pun jadi peguam syariah,hakim bertauliah...
jadi ustaz ustazah pun takpa dah...
takmaula ikut macam kami tiap-tiap hari kena toreh getah...
baju basah dengan peluh semata-mata cari upah...
anak mak,periksa pun dah tak berapa hari...
pulunla nak,jangan risau kami disini...
InsyaAllah,pandai-pandailah mak dan ayah jaga diri...
mak pun tak boleh tulih panjang-panjang lagi...
kena tidoq awai esok nak pi cari rezeki...
nak kena buat kuih untuk adik-adik nak pi ngaji...
ayaqmata ni dok meleleh kat pipi tak mau nak berenti...
ada rahsia Allah jadikan ayaqmata dan peluh jernih,nak ajaq manusia tak mudah mengalah kalau rasa letih...
tak mudah putus asa kalau hati tengah sedih...
usahalah setakat mana yang boleh,mak minta diri dulu..
jaga diri ditempat orang,

Assalamualaikum.

Dicatat oleh mai la 0 ulasan


Calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau, S Manikumar akan melancarkan manifesto pilihanraya.


Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution berkata, tumpuan diberikan kepada usaha mengurangkan kadar jenayah dan memperbaiki infrastruktur di kawasan tersebut.Menurutnya, kajiselidik yang dijalankan oleh PKR terhadap sentimen pengundi di situ, menunjukkan 20 peratus pengundi lebih khuatir terhadap kadar jenayah.Manakala 12 peratus pengundi lagi prihatin terhadap kekurangan infrastruktur di Bukit Selambau.
Saifuddin juga berkata, pilihanraya kecil tersebut merupakan satu referendum terhadap populariti bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu.


"Populariti Najib juga kurang. Sokongan di kalangan orang Cina tidak sampai 20 peratus.


"Oleh itu, pilihanraya kecil ini juga merupakan satu referendum terhadap moral dan masa depan politik Najib," tambahnya.


Sebaliknya, kata Saifuddin, kaji selidik PKR mendapati Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara konsisten, mendapat 38 peratus sokongan pengundi Melayu.

Dicatat oleh mai la 0 ulasan

Pengikut

Subscribe here