;
;

Dua orang wanita yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah pasar.. Mereka masing-masing bercerita tentang keluarganya....

Wanita 1: "Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna"

Wanita 2: "Apakah dia merokok?"

Wanita 1: "Oh, tidak!...tidak sama sekali!"

Wanita 2: "Dia kekadang minum bir?"

Wanita 1: "Oh, tidak! Dia anak yang baik-baik"

Wanita 2: "Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam ke rumah?"

Wanita 1: "Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga"

Wanita 2: "Wah, nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, berapa usianya?"

Wanita 1: "Minggu depan akan genap usianya enam bulan!"

Dicatat oleh mai la


Situasi:Kalleng nak mintak jadi security guard


Kalleng:Tuan..ada kerja kosong tak?saya nak jadi security guard


Manager:Pandai menembak?


Kalleng:Pandai


Manager:Nak jadi security guard kena berani,bengis,tak takut,kuat..engkau ada ciri-ciri ini tak?


Kalleng:Tak ada tapi saya kenal seorang yang boleh kerja dengan tuan


Manager:Siapa?


Kalleng:jap ya saya call ISTERI saya dulu..

Dicatat oleh mai la

Pada suatu hari ada tiga orang kanak-kanak sedang melepak dan mereka saling cerita-menceritakan tentang kehebatan ayah mereka.
Abu : “Ayah ku mempunyai beberapa buah banglow yang cukup besar”.
Ali : : “Ayah ku lagi hebat,dia seorang Pengarah Urusan disebuah hotel 5 Bintang di Amerika".
Abu : “Apa pula pekerjaan ayah kamu, Azwan?".
Azwan : “Ayah aku dapat menahan sebuah bas besar hanya dengan menggunakan satu tangan”.
Ali : “Wow....Terer giler! Apa pekerjaannya?”
Azwan :: “Polis Traffic”.

Dicatat oleh mai la

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang, jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya.


Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit dicelah punggungnya. Aku yang 'konon' ingin membantunya, terus menarik kain yang tersepit itu.


Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi.


Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, Apalagi berbirat punggung aku dirotannya.

Dicatat oleh mai la

Pengikut

Subscribe here