;
;

http://news.xinhuanet.com/english/2003-12/17/xinsrc_b83ff8297f3d44b1a118eb694c216472_2.jpg
Moshe Katsav

BAITULMAQDIS 28 Jun – Presiden Israel, Moshe Katsav mengaku bersalah hari ini atas tuduhan melakukan jenayah seksual terhadap kakitangan wanita tetapi tidak akan dipenjarakan. Di bawah perjanjian meringankan hukuman, Peguam Negara Menachem Mazuz berkata, beliau akan menggugurkan hasratnya untuk mendakwa Katsav atas tuduhan rogol tetapi Presiden itu akan meletakkan jawatan dan beliau “akan menanggung aib buat selama-lamanya.”

“Daripada kedudukannya sebagai warganegara pertama Israel, beliau bertukar menjadi seorang penjenayah yang didapati bersalah melakukan kesalahan seksual,” kata Mazuz pada satu sidang media di sini, hari ini. Mazuz menegaskan, beliau tidak memberi sebarang keistimewaan kepada Presiden. Seorang peguam bagi salah seorang mangsa menyuarakan kemarahan dengan perjanjian itu manakala seorang pejuang hak-hak wanita berkata, kes tersebut tidak akan menggalakkan wanita lain mengadu mengenai jenayah seksual terhadap mereka.

Mazuz berkata, di bawah perjanjian yang telah ditandatangani oleh Katsav itu, Presiden mengaku bersalah atas tuduhan melakukan beberapa perbuatan seksual terhadap seorang kakitangan wanitanya dan gangguan seksual ke atas seorang lagi kakitangan wanita. Katsav boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun kerana kesalahan-kesalahan itu. – Reuters

Emm,apa beza Presiden dan Perdana Menteri Palestin??

President is the Head of state of Israel, but the position is largely a ceremonial, figurehead role, with real power lying in the hands of the Prime Minister.

The Prime Minister of Israel is the head of the Israeli government and is the most powerful political officer in Israel (the President of Israel being a titular figurehead). He or she wields executive power in the country, and has an official residence in Israel's capital, Jerusalem

Dicatat oleh mai la

Pengikut

Subscribe here