;
;


hari ini saya nak kongsi cerita yang sejarah tak tulis....kalau di tulis dalam sejarah maka rosaklah sejarah itu...huhuhu


KISAHNYA

Seketika dahulu di zaman mana pun dah lupa...tapi zaman lama la...masuk la pegawai pemerintah tentera portugis ke melaka...atas satu dasar utama...iaitu menawan negeri2 tanah besar melayu...maka di perintah kan pegawai pemerintah itu akan mata2 (sb) untuk meninjau ke negeri kedah

PEGAWAI PEMERINTAH: saya mahu kamu bertiga pergi meninjua ke negeri kedah
SB : for what??
PEGAWAI PEMERINTAH: saya nak tahu macam mana kita nak kedah...adakah semudah melaka
SB : maka berjalan la 3 org sb ini ke negeri kedah atas urusan yang di pertanggung jawabkankepada mereka...

selang spurnama lamanya kembali la 3 org sb ini berjumpa dengan pegawai mereka...dalam keadaan dahi yang berkerut...muka yang lesu...mata yang kuyu...badan yang tak tau la busuknyaaa...(ish2)berdiri depan pegawai mereka...sambil berpaling antara satu sama lain..

PEGAWAI PEMERINTAH: haaaa...apa macam disana...bila kita dapat menyerang???
SB :eemmm..kita batalkan saja la hasrat murni tuan itu...
PEGAWAI PEMERINTAH: why!!!!!
SB : bahaya!!!
PEGAWAI PEMERINTAH: apa tak cukup dengan senjata yang kita ada???
SB :cukup....tapi....
PEGAWAI PEMERINTAH: tapi apa pulak dah!!!
SB :saya takut kita akan tercatat dalam sejarah kita bahawa kita akan kalah teruk dengan mereka...kerana atas apa yang kami pantaukan..mereka mempunyai bejuta panglima...kita di melaka berhempas pulas berlawan dengan 5 HANG...berapa ramai tentera kita arwah begitu saja...
PEGAWAI PEMERINTAH:apa maksud kamu ini..saya tak faham...bukan tak mau paham...
SB :mereka mempunyai bejuta HANG...ada hang buat apa, hang pi mana, hang makan dah ka, hang bila balik, hang dok mana,hang ka, hang sapa, hang mana, hang sihat, hang sakit ka, hang ni.....,hang la, hang kot, hang nak mampuih,hang jangan mereka, hang nak kena......dan bejuta lagi hang yang kami tinjau...yang kami gerun sekali adalah "hang ni satgi makan penampaq kot".....bunyi nama itu saja pun bengis boleh jadi orgnya...

maka berpikir panjang la si pegawai tadi dengan jawapan yang di berikan...sehingga tak senang duduk bila dipikirkan..mereka kehilangan ramai malah beribu askar dalam berlawan dengan 5 hang..ini nak bertemu dengan ramai lagi hang yang ada....

Dicatat oleh mai la

Pengikut

Subscribe here